Tuesday, 6 August 2013

EKSLUSIF LUAHAN HATI RITA RUDAINI DI INSTAGRAM

EKSLUSIF LUAHAN HATI RITA RUDAINI DI INSTAGRAM | Hati mana yang tidak sedih apabila diceraikan suami selang beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun Rita Rudaini terpaksa redha dengan keputusan Aidil yang telahpun melafazkan cerai talak satu melalui SMS pada hari Ahad yang lepas.

Menerusi laman Instagramnya petang semalam, Rita dilihat memuat naik beberapa keping foto dengan meluahkan perasaannya terhadap perpisahan itu.

 
Berbeza dengan Rita, Aidil pula dilihat enggan mengulas lanjut mengenai kisah perceraian mereka sebaliknya meminta semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap Rita.

Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu sahaja di mahkamah nanti. Lagipun dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti. 
 
 Dalam pada itu, terdapat desas desus yang mengatakan punca Aidil melafazkan cerai adalah kerana kenyataan Rita di dalam akhbar Berita Harian berkenaan hubungan sulit Aidil bersama seorang wanita.
 
 p/s: kredit to Abang Teror