EKSLUSIF LUAHAN HATI RITA RUDAINI DI INSTAGRAM | Hati
mana yang tidak sedih apabila diceraikan suami selang beberapa hari
sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun Rita Rudaini
terpaksa redha dengan keputusan Aidil yang telahpun melafazkan cerai
talak satu melalui SMS pada hari Ahad yang lepas.
Menerusi laman Instagramnya petang
semalam, Rita dilihat memuat naik beberapa keping foto dengan meluahkan
perasaannya terhadap perpisahan itu.
Berbeza dengan Rita, Aidil pula dilihat enggan mengulas lanjut mengenai
kisah perceraian mereka sebaliknya meminta semua pihak menunggu
perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap
Rita.
Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu
sahaja di mahkamah nanti. Lagipun dia adalah ibu kepada anak-anak saya.
Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya
diselesaikan di mahkamah nanti.
Dalam pada itu, terdapat desas desus yang mengatakan punca Aidil
melafazkan cerai adalah kerana kenyataan Rita di dalam akhbar Berita
Harian berkenaan hubungan sulit Aidil bersama seorang wanita.
p/s: kredit to Abang Teror
No comments:
Post a Comment
komen~