Saturday, 3 August 2013

8 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU MENGENAI PERJALANAN SAM

1.Sam ialah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik kepada dramatis, Khaty Fudziah Musa bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman.


2.Tiga lagi adik beradiknya terlibat dalam bidang seni iaitu salah seorang abangnya Ahmad Shah Al-Jeffry yang pernah menempa nama sebagai ahli kumpulan pop 90-an, A to Z. Kakaknya, aktres Zizie Ezzette pula terkenal sebagai salah seorang aktres ternama yang banyak membintangi drama-drama bermutu serta pernah dua kali meraih trofi Aktres Terbaik. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette pula sekadar mencuba nasib dalam bidang lakonan selama beberapa tahun dan kini aktif dalam bidang perniagaan.


3.Pada tahun 1998, selepas tamat menduduki peperiksaan PMR, Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman. atau lebih dikenali sebagai Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah skrin 1998.


4.Begitupun, Sam yang berusia 18 tahun ketika itu pernah memasang niat untuk menyambung pelajaran dalam kursus kejuruteraan bunyi kerana Sam memang meminati bidang muzik berbanding lakonan. Selain duduk saja di rumah, Sam juga memperlengkaplkan diri untuk menjadi pemuzik dengan mempelajari gitar dan keyboard serta sudah mula menubuhkan kumpulan vokalnya sendiri yang lebih cenderung membawa muzik irama hip hop dan R&B.



5.Bersama Syed Hussein bin Syed Mustafa atau Sein Ruffedge dan Shear Khan serta Haziman Ramli, mereka menubuhkan kumpulan rap M.O.B dan bergerak secara underground sebelum kerjaya seni mereka direncanakan oleh A to Z Production


6.Pada tahun 2003, ketika berusia 20 tahun Sam kembali ke pentas lakonan apabila diberi peluang untuk muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son.


7.Pada tahun 2009,Jodoh Sam bersama studio perfileman gergasi,Metrowealth Movies Production terjadi apabila pelakon Pierre Andre menarik diri daripada membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak, arahan Ahmad Idham akibat pergeseran pelakon dan pengarah muda itu dengan penerbit David Teo. Ekoran itu, belumpun sempat Sam membuktikan bakat lakonannya menerusi filem Bohsia, beliau diberi peluang untuk memegang watak Johan dalam filem itu.


8.Pada tahun 2010, Sam muncul dengan filem Adnan Sempit dan ternyata filem tersebut meraih kutipan memberangsangkan serta paling tinggi dalam sejarah kutipan hari pertama filem di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

komen~